WhatsApp Image 2021-11-02 at 12.04.03 PM

Tertawan dengan rasa unik burger, Syazmi ‘join’ GTR Burger

“Setelah merasa keenakan dan keunikan rasa burger GTR saya mula mencari maklumat mengenainya dalam media sosial facebook,” katanya yang telah mempunyai dua gerai GTR burger di Lembah Klang. 

Walaupun baru lima bulan dengan GTR Burger, Syazmi telah mempunyai dua  gerai di Seri Kembangan, iaitu di  Taman Universiti Indah bersebelahan Caltex dan di Taman Equine berhadapan Kanaa Motor Work dan M Ice Cream Gula Apong.

“Saya memang tertarik dengan konsep burger petak dan rasa kelainan burger selain menggunakan barang tempatan tempatan dan paling penting keluaran usahawan Muslim,” tambahnya yang pernah bertugas di bank sebagai Finance Executive.

Kelebihan dan keunikan GTR Burger kerana menggunakan daging segar tempatan tetapi menunya bertaraf hotel lima bintang seperti Smokey Local Beef. 

Selama lima bulan bergiat dengan GTR Burger, Syazmi berkata gerai burgernya mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti sekitarnya. 

“Alhamdulillah setiap hari sambutan yang diterima semakin mengalakkan lebih-lebih lagi selepas terpapar video influencer media sosial, Edin Komeng, membuat rakaman di gerai saya,” katanya yang juga seorang penternak. 

Syazmi berkata, GTR Burger banyak mengubah hidupnya semasa negara berhadapan dengan pendemik covid 19 dan PKP. 

“Dengan GTR Burger saya dapat menambahkan ilmu dalam menguruskan perniagaan dalam bidang makanan di samping menambah pendapatan. 

“Alhamdulillah selepas menceburkan diri dalam GTR Burger saya mendapat pendapatan yang agak lumayan sekaligus menyelamatkan saya daripada tersepit untuk survival ketika PKP. 

“Terima kasih kepada GTR Burger yang mengubah hidup saya,” katanya. 

Boleh terjah ke STALL Syazmi di Taman U di sini : —>>> https://gtrburger.my/stall/stall-gtrburger-taman-universiti-indah-seri-kemban/

dan

https://gtrburger.my/stall/stall-gtrburger-equine-park/

Cart

No products in the cart.